top of page
Search

Apakah itu Silau Malam?


Silau malam atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata.


CARA MENANGANI SILAU MALAM


  1. Pemeriksaan mata

Anda perlulah melakukan pemeriksaan mata yang lengkap dengan Optometris di premis atau hospital untuk mengetahui tentang masalah rabun, rabun silau dan kesihatan mata yang lain. Sekiranya individu yang mempunyai masalah rabun dan rabun silau yang tidak dibetulkan, Optometris akan mendapatkan preskripsi power yang tepat untuk mata dan memberikan konsultasi tentang pemakaian cermin mata yang sesuai dengan masalah mata anda.


2. Memakai kanta berjenis Night Drive

Kanta Night Drive adalah kanta yang direka khas untuk membantu mengurangkan silau dan memberi penglihatan yang optimum lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lapisan anti-reflektif pada kanta Night Drive juga mengurangkan pantulan yang dialami pada waktu malam daripada cahaya terang seperti lampu hadapan kenderaan lain dan lampu jalan.

Kanta Night Drive membolehkan penglihatan yang optimum pada waktu siang dan malam dan mengekalkan penglihatan yang lebih jelas ketika memandu, walaupun dalam gelap.

Selain itu, kanta ini juga emberikan penglihatan yang luas untuk membolehkan individu melihat dari semua sisi dan melindungi mata dari sinar UV yang berbahaya, seperti perlindungan yang diberikan cermin mata hitam.


236 views0 comments
bottom of page