Visual Hygiene Yang Bagus Untuk Kita Amalkan

Visual Hygiene bagus untuk dijadikan rutin harian kita terutama ketika kita sedang melakukan sesuatu kerja untuk tempoh yang lama seperti kerja komputer, baca buku dan lihat gajet.
Visual Hygiene bertujuan supaya mata dan pandangan kita dapat dijaga selepas buat sesuatu aktiviti.
Antara tips Visual Hygiene yang boleh anda amalkan adalah :
1) Pastikan cahaya yang terang ketika membaca buku
2) Elak berada terlalu rapat ketika menonton TV
3) Buat aktiviti luar seperti bermain basikal, berjoging atau main bola supaya mata dapat berehat ketika lihat jauh
4) Berhenti dan rehat seketika selepas 20-30 minit buat kerja komputer.