top of page
Search

Visual Skill

MENGAPA PENTINGNYA VISUAL SKILL ANAK-ANAK DIUJI SEBELUM MULA SESI PERSEKOLAHAN BARU?

Anak-anak perlukan pelbagai kemahiran untuk berjaya di sekolah. Membaca, menulis dan menyalin merupakan aktibiti yang akan dibuat oleh anak-anak kita setiap hari. Setiap tugasan ini bermula dari penglihatan atau 'visual'. Oleh itu, tidak mustahil jika dikatakan 80% proses pembelajaran anak kita di sekolah bermula dari penglihatan. Deria penglihatan ini adalah deria yang paling banyak digunakan ketika di dalam kelas mahupun di luar kelas.


Bagi sesetengah pelajar, deria melihat mereka ini tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya samada disebabkan oleh faktor keletihan, stress belajar, cabaran belajar yang kian meningkat atau sejak azalinya sudah begitu. Walau apa pun puncanya, ia boleh menjejaskan proses belajar dan bermain di sekolah pelajar tersebut.

MENGAPA BANYAK KES VISUAL PROBLEM DITEMUI PADA PELAJAR TAHUN 4 DAN KE ATAS? Peringkat awal sekolah rendah, biasanya bilangan subjek yang sedikit, buku teks yang tidak tebal dan saiz font tulisan buku yang besar. Maka, kecekapan mata untuk bekerja dengan baik masih dalam keadaan terkawal. Tidak terlalu terbeban. Namun, semakin bertambah tahun belajar anak di sekolah, semakin bertambah ‘demand’ pada fungsi melihat anak. Saiz huruf pada buku teks semakin kecil, masa yang diperuntukkan untuk membaca dan belajar bertambah. Kerja sekolah dan kerja rumah yang semakin banyak secara tidak langsung tingkatkan ‘demand’ pada penglihatan anak. Ironiknya, skill penglihatan pada sebilangan anak-anak tidak cukup kuat dan cekap untuk laksanakan setiap ‘task’ yang mencabar ini.


Tetapi, trend kebelakangan ini pelajar Tahun 1 juga menunjukkan peningkatan terhadap Visual Problem ini. Seiring dengan cabaran dan tekanan belajar yang kian meingkat. Apabila ada ‘Visual Skill’ yang tidak berkembang, atau perkembangannya bermasalah, belajar akan jadi perkara yang susah dan ‘stressful’, hingga kebanyakan anak ini akan: ++ Elak dari membaca atau lakukan kerja-kerja melihat dekat ++ Cuba juga membaca, walaupun tidak faham dan ingat apa yang dibaca ++ Alami rasa tidak selesa, sakit kepala dan tumpuan belajar yang sangat singkat



APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VISUAL SKILL? Maksud penglihatan sangat luas, bukan sekadar kebolehan untuk nampak jelas sahaja. Penglihatan merangkumi kebolehan untuk faham dan respon dengan apa yang dilihat. Asas Visual Skill yang utama di sekolah adalah : 1. Skill Eye fokus Kebolehan untuk pantas nampak jelas dan ‘maintain’ jelas bila alih pandang dari jauh ke dekat dan berulang; seperti menyalin dari papan putih ke buku. Skill ini juga penting untuk anak kekal nampak jelas apabila membaca atau lakukan kerja dekat dalam masa yang lama. 2. Skill Eye Coordinate/teaming Kebolehan untuk koordinat dan dua mata bergerak bersama-sama semasa membaca perkataan ke perkatan pada satu ayat, dan boleh menganggar jarak serta kedalaman jarak semasa berada dalam kelas dan di padang. 3. Skill Eye tracking/movement Kebolehan mata untuk lihat dari satu objek ke satu objek, dari satu perkataan ke satu perkataan sepanjang baris ayat, atau ikut objek objek yang bergerak. Apabila skill melihat ini dapat diuruskan dengan baik, cekap dan effisien, anak-anak akan tonjolkan prestasi dan kemampuan sebenar mereka semasa belajar dan bersukan.



4 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page